
Sedili Kechil terletak sekitar 40 kilometer dari Desaru. Perairan Sedili sangat terkenal kepada pemancing, terutama apabila tiba musim memancing tenggiri. Namun pintu masuk ke perairan Sedili terletak di Sedili Besar, sekitar 10 kilometer dari Seili Kechil. Namun begitu, muara Sedili Kecil masih mampu memukau pemancing kerana menjadi habitat bagi pelbagai ikan gre A. Di sini juga terletaknya jeti pendaratan dan pusat jualan belangkas dan udang kara atau nama mat sallehnya, lobster.

Beberapa siri terjah dan tikam yang dilakukan oleh Team Moh Redah Berjaya mencungkil beberapa spisis hidupan marin perairan Seili Kechil. Saiznya mungkin tidaklah seberapa, namun tarikannya tetap mampu mengundang perasaan rindu yang teramat akan muara Sedili Kechil.
Memancing dari atas jambatan memiliki risiko yang tersendiri, terutama apabila umpan kita diragut pemangsa bersaiz mega. Untuk mendaratkannya secara terus bakal menyebabkan anda terlepas mangsa yang sudah tercangkuk. Seeloknya salah seorang ahli komplot perlu turun ke tebing sungai untuk mendaratkan ikan tersebut.

Suatu ketika dahulu, terdapat sebuah rakit memancing using di tebing muara. Jika ingin memancing di situ, anda bakal dikenakan bayaran parker kereta sebanyak RM5. Apa yang menariknya, pelbagai spisis ikan gred A berenang bebas di bawah rakit sehinggakan anda boleh melihatnya dari celahan lantai rakit. Hasil kunjungan kami selama beberapa kali mengudang hasil yang pelbagai. Apa yang pasti, Sedili Kechil masih mempersona.
Amir dengan Jenahak Juvenil atau Tetanda






Comments