Fakta ikan... (JANGAN LA SERIUS SANGAT WEI)
1. IKAN HARUAN TASIK

Ikan Aruan Tasik bukanlah dari spesies Haruan, walaupun namanya seakan-akan sama. Pun begitu, ikan aruan tasik hanya boleh dipancing di laut, memang mustahil untuk memancingnya di tasik, sungai, kolam, apatah lagi loji penapis najis. Sehingga kini nama aruan tasik menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli biologi, ekologi, dan perikanan. Ada yang berpendapat ikan ini dahulunya mendiami tasik tetapi berhijrah ke lautan kerana kecewa dengan pelaksanaan GST, tambah mengecewakan dengan penjelasan Ahmad Maslan tetapi pendapat ini ditentang keras oleh Ayahanda PERKASA. Sehingga kini, asal namanya masih menjadi misteri walau tidak pernah diterbitkan dalam siri Misteri Nusantara.
2. IKAN KELI DAN IKAN SEMBILANG
Ikan keli dan sembilang mempunyai rupa paras yang seakan-akan sama. Perbezaanya hanyalah dari struktur ekor dan bilangan sengatnya sahaja. Ikan sembilang mendiami kawasan air masin, manakala keli mendiami air tawar. Ikan keli sering disebut sebagai semilang oleh penduduk di kawasan pedalaman. Walaupun begitu, ikan sembilang tidak pernah membuat laporan polis, apatah lagi kenyataan media untuk memburuk-burukkan nama ikan keli yang sering dipanggil dengan nama sembilang. Ikan keli dan sembilang juga tidak pernah bertelagah di dalam dewan rakyat. Mereka hidup secara harmoni bersama koloni masing-masing, dan kadangkala bersua muka di dalam kuali dan periuk.
IKAN DAUN BARU

Ikan daun baru boleh dikatakan dari spesies bawal kerana rupa paras dan anatomi badannya yang menyerupai bawal dan ebek. Pun begitu, tidak ada sehelai daun segar mahupun kering boleh dijumpai pada badan seekor ikan daun baru.
IKAN TODAK

Ikan todak tidak pernah menyerang Singapura. Hanya British dan Jepun yang pernah menyerang Singapura kerana ikan todak tidak pernah mendapat latihan ketenteraan di mana-mana negara. Dipercayai ikan todak difitnah oleh British untuk menutup cerita yang sebenar.
IKAN KUKU

Ikan kuku mempunyai bibir yang mungil lagi menggiurkan, tetapi ikan kuku tidak pernah mengambil suntikan botox untuk mencantikkan bibir.
Comments