top of page

JURUS PERTAPA KUALA TAHAN

  • Writer: Kacak Angler
    Kacak Angler
  • 22 Mei 2018
  • 1 min membaca


ree

Satu hari, Mahaguru Selat Abdul Hadi yang telah naik taraf menjadi Pertapa Bangau berkenan berkunjung ke perkampungan anak buah yang berhasrat untuk mendalami Jurus Bangau Seribu. Pada malam bulan mengambang penuh, satu komplot terjah direncana. Lokasi pilihan, Kuala Tahan. Kawasan lubuk yang penuh mistik. Di saat orang kebanyakan sedang lena diulit mimpi, sekumpulan anak muda berhati waja terhendap-hendap berjalan dalam samar-samar rembulan, diiringi paluan kentut berapi. Bertalu-talu, sahut menyahut. Ikutilah pengembaraan ini, dalam bentuk laporan bergambar…


ree
“Akulah Mahaguru Selat. La dah jadi Pertapa Bangau, hang tau dak!?”

Menurut Pertapa Bangau, ada 3 kaedah untuk menguasai Jurus Bangau Seribu. Yang pertama, mesti menyanyi lagu Bangau oh Bangau dengan not tinggi. Kedua, tidur sepanjang masa trip. Ketiga, dan yang paling susah nak dibuat, pastikan bila memancing dengan umpan terbaik, kita tak dapat ikan. Pada malam bulan separa, kami melakukan ritual yang pertama.


ree
“Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus!”

ree
“Emmphh, syumbhang…. Hantam sajalah!”

Selesai ritual pertama, kami menunggu selama 7 hari untuk melakukan ritual kedua dan ketiga. Yang pasti, ianya teramat sukar untuk dilaksanakan. Kuala Tahan dipilih berdasarkan sejarah mistik yang direkodkan pengunjung. Step pertama, cari umpan terbaik.


ree
“Umpan terbaik kelah, strawberi dan kopi. Strawberi… Strawberi…”

ree
“Ada ke strawberi dalam ladang sawit ni?”

Selesai operasi mencari umpan, kami terus berlepas ke Kuala Tahan.


ree
“Ingat na, untuk trip ni, kita perlu……Wooi!!! Hangpa tengok apa tu!!!!?”

ree
Sesi pemasangan khemah dan persediaan memancing.

ree
“Krohhhhhhhhhh……” Jangan salah faham, itu Pertapa Bangau sedang menurun.

ree
Penampakan bunian.

ree
Penampakan kelibat orang kenit sedang mengekori Adik Beso.

ree
Sang Pertapa Bangau menunjukkan kaedah mencari cacing menggunakan jurus Bangau Mematuk Bumi.

ree
Mentera dibaca sebelum lubuk dicuba.

ree
Penampakan penunggu Lubuk Simpon.

ree
Tok Pawang dipanggil bagi mengambil anak buah.

Seorang ahli trip telah derhaka dari perguruan apabila berjaya memancing seekor ikan baung walaupun tujuannya hanya nak mencuba berapa dalam lubuj tersebut. Baung tersebut selamat digulai bersama sekawan sardine untuk juadah makan malam. Masak tempoyok boh…


ree
“Masuk serai, halia, dan 6 helai daun senduduk..” “Masok tempoyok mana campur semua tu!”

ree
Pertapa Bangau yang murka sedang cuba menyejukkan hati yang membara dengan meminum sebotol air jampi.

Tepat jam 12 malam, pengembaraan bermula. Kelam malam yang diterangi sinaran rembulah dicemari susup sasap ahli trip diselangi paluan kentut bertalu-talu, saling balas membalas. Phui!


ree
Baung yang menggagalkan Adik Beso dari perguruan Jurus Bangau Seribu.

ree
Amir pun gagal.

ree
Gagal! Gagalllllll!!!!!!!!!

ree
“Punggah, semua gagal. Tak guna…” – Pertapa Bangau.

ree
Masok tempoyok baung. Pehhhhh

ree
Demonstrasi jurus Bangau Terbang Berkawan

ree
Pelawat yang merupakan peminat Mahaguru Selat, yang juga Pertapa Bangau. Nama dia Johnny.

ree
Antara baung yang dijadikan anak angkat.

ree
The Derhaka Student. Tengok muka Pertapa tu, mana ada senyum.

ree
Yeaaaa! Kami gagal!!

ree
Mangsa sergahan Pertapa Bangau yang kecewa. Melayang ooo lari!

Selepas gagal di Kuala Tahan, kami singgah di Lubuk Keluang untuk menyejukkan hati Pertapa Bangau. Ada sinar di situ apabila hanya seorang ahli trip menderhaka dari perguruan.


ree
The Double-Derhaka Student

ree
Bonus! Disaat ahli trip berpesta lampam, Pertapa Bangau menunjukkan kepada kami kenapa beliau dinobatkan sebagai Mahaguru Selat sebelum ini.

Cukup la dulu ye.. panjang sangat dah...

Comments


© 2018 by AmirJusoh. Proudly made by SportFishingMalaysia

  • Facebook Clean
  • Twitter Clean
  • Flickr Clean
bottom of page